INSPIRASI KALIMAH MULIA
Seni khat yang halus dan menawan telah menambat hati kami untuk mendalami dan meneruskan perjuangan dalam salah satu cabang kesenian Islam yang cukup indah ini. Biarpun kami bukan yang pertama mengetengahkan seni khat sebagai dekorasi dinding dengan sentuhan moden dan kontemporari, tetapi kami sangat komited untuk turut serta mengembang dan memeriahkan lagi seni ini di Malaysia dan dunia.
Mulia Khat ditunjangi oleh pereka-pereka grafik berpengalaman yang sebelum ini banyak terlibat dalam penghasilan produk-produk kreatif untuk tujuan komersial. Namun, selepas beberapa tahun berkecimpung dalam industri kreatif tanah air, kami mengambil keputusan untuk menghasilkan suatu produk jualan yang boleh memberi manfaat untuk kami di dunia dan di akhirat. Lalu, tercetuslah idea ini selepas melihat trend semasa daripada penggiat-penggiat seni khat komersial yang lain.
SATU RUMAH, SATU MULIA KHAT
Kami bercita-cita tinggi untuk menjadikan dekorasi pelekat dinding dan kanvas bermotif Islamik ini menjadi sesuatu yang boleh diterima secara terbuka oleh seluruh umat Islam di Malaysia tanpa mengira kedudukan, etnik dan taraf hidup. Ini kerana, harapan terbesar kami adalah untuk menghiasi setiap rumah penganut Islam di Malaysia dengan dekorasi hasil kerja kami ini. Insya Allah kita berkongsi saham pahala apabila sama-sama berusaha mengingati Allah pada setiap waktu di kediaman kita. Rumahku Syurgaku! Amin.
0 comments:
Post a Comment