Makluman

PERDAFTARAN PERNIAGAAN
Mulia Khat adalah sebuah perniagaan yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dengan nombor SA0331341-A yang telah diperakui oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 23 Mac 2015.


TEMPAHAN
Para pelanggan perlu membuat tempahan menerusi kaedah-kaedah seperti yang telah kami nyatakan dalam laman sesawang rasmi dan memahami terlebih dahulu syarat-syarat tempahan yang telah kami tetapkan. Para pelanggan juga dinasihatkan supaya membuat pilihan dengan sangat teliti terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menempah. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya pelanggan membuat tempahan yang tidak tepat (contoh: saiz rekaan tidak menepati ruang dinding kediaman) selepas proses percetakan dimulakan.


PEMBAYARAN PENUH
Segala tempahan daripada pihak pelanggan hanya akan mula diproses selepas pihak kami menerima pembayaran penuh mengikut jumlah yang telah ditetapkan beserta dengan bukti transaksi. Segala tempahan yang tidak disusuli dengan bayaran penuh dalam jangka masa 24 jam akan terbatal secara automatik.


KEMASAN AKHIR REKAAN, PERCETAKAN & PEMBUNGKUSAN
Jumlah keseluruhan untuk proses ini akan mengambil masa selama 7 hari. Kami tidak menolak kemungkinan yang proses ini akan berakhir lebih awal dari tempoh tersebut. Namun, sekiranya lewat dari tempoh yang telah dinyatakan, kami akan memaklumkan kepada pihak pelanggan dengan kadar segera.


HASIL PRODUK AKHIR
Untuk makluman, akan berlaku perubahan warna pada produk yang dicetak dengan gambar yang anda lihat di laman sesawang kami. Hal ini terjadi kerana warna yang anda lihat pada skrin komputer atau peranti-peranti mudah alih adalah berbeza dengan warna sebenar secara fizikal. Walau bagaimanapun, warna-warna pada hasil cetakan ini tidak akan mengalami perubahan yang terlalu ketara, sekitar 3% ke 7% sahaja.


PENGHANTARAN
Pihak kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju bagi urusan penghantaran untuk semua pelanggan kami di seluruh Malaysia. Tiada caj penghantaran dikenakan. Tempoh proses dan jangka masa untuk barang kiriman sampai ke tangan pelanggan adalah tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Pos Laju. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas segala kelewatan yang berpunca dari pihak Pos Laju. Jika terdapat sebarang kerosakan terhadap produk ketika proses penghantaran, pihak pelanggan boleh memaklumkan kepada pihak kami di talian 0115 23 980 23 dengan kadar segera.


KAEDAH PEMASANGAN
Pemasangan pelekat dinding ini adalah sangat mudah dan tidak mengambil masa yang lama. Setiap pelanggan yang telah membuat tempahan akan dibekalkan dengan tatacara pemasangan bersekali dengan produk semasa proses penghantaran.


WARANTI
Semua produk jualan kami didatangkan dengan Waranti 60 Hari. Tempoh 60 hari tersebut bermula dari tarikh produk sampai ke tangan pelanggan. Waranti ini membenarkan para pelanggan kami untuk membuat tuntutan pulangan wang 100% dalam tempoh 60 hari sekiranya produk kami mempunyai masalah yang jelas nyata dari segi kualiti. Jika terdapat bukti kukuh, tuntutan boleh dibuat serta-merta. Walau bagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap kerosakan produk yang disebabkan oleh bencana alam (contoh: banjir, ribut taufan dan lain-lain) atau kemalangan (contoh: kebakaran, runtuhan dan lain-lain). Para pelanggan wajib menyimpan resit yang dikepilkan bersama produk ketika urusan penghantaran sebagai bukti pembelian dan penerimaan bagi melayakkan pelanggan menerima tuntutan waranti. Waranti akan terbatal jika pelanggan gagal menunjukkan resit tersebut.


HAK CIPTA
Segala bahan kreatif yang terdapat dalam laman sesawang ini adalah hak cipta terpelihara Mulia Khat. Penggunaan bahan-bahan kreatif tersebut untuk tujuan peribadi ataupun komersial tanpa kebenaran kami boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Hak Cipta 1987. Walau bagaimanapun, kami ingin memberi maklum bahawa sebahagian rekaan khat yang didagangkan adalah hasil kerja penulis khat lain yang mengizinkan muat turun secara percuma. Namun, jika anda merasakan yang kami telah menggunakan hasil kerja anda tanpa keizinan sepatutnya, mohon hubungi kami segera di talian 0115 23 980 23 untuk tindakan susulan.

0 comments:

Post a Comment